Jumaat, 5 Julai 2013

Terjemahan kata nama khas

Antara Jenis Kata Nama Khas

  • Nama orang / objek.
Contoh : Muhammad (محمد), Ali (علي), 
  • Nama negara, bandar, tempat.
Contoh : Middle East : Asia Barat
              Atlantik Sea : Laut Atlantik
              al-Qahirah (BA), Cairo(BI), Kaherah(BM).
  • Nama institusi / organisasi.
Contoh : Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Nama jawatan / gelaran.
Contoh : Dato', Datuk, 
  • Nama judul / peristiwa.
Conton : Tragedi Lahad Datu.

Kenali diri


Afifah Masitah binti Mohd Noor 
A141796
Machang Kelantan Darul Na'im
 Lepasan Diploma



Ciri-ciri seorang penterjemah

•Mengetahui bahasa sumber
•Mengetahui bahasa sasaran
•Mengetahui topik/subjek yang akan diterjemahkan
•Mengetahui teori terjemahan

•Mengetahui sasaran/khalayak pembaca
Mempunyai fikiran yang terbuka
Ingatan yang baik
Minat yang mendalam
Boleh bekerja sendiri
Tidak malu bertanya
Jujur dan amanah

Terjemahan Peribahasa Arab

الوقت من ذهب


الوقت (al-waqt): masa


من (min) : daripada



ذهب (zahab) : emas



PENERANGAN



Emas. Logam yang nilainya amat tinggi. Orang yang tahu nilai emas tidak akan membuangnya dengan sia-sia. Antara tanda keadilan Tuhan ialah Dia memberikan "emas" ini secara semata rata kepada manusia, tanpa mengira miskin atau kaya. Kedua-dua diberikan 24 jam satu hari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Tapi si kaya menghargai "emas" sehingga dia menjadi kaya. Si alim dan si jahil juga diberikan "emas" yang sama. Tapi si alim menggunakan emas ini untuk menuntut ilmu dan membaca lalu dia berjaya menukarkan emas itu dengan ilmu.

Rabu, 8 Mei 2013

Masalah dalam Terjemahan


Masalah terjemahan akan timbul jika kita tidak bersikap objektif terhadap maklumat dalam teks sumber, antaranya seperti kesalahfahaman tentang ciri-ciri bahasa, tugas penterjemah dan matlamat penterjemahan.
Masalah-masalah yang selalu dialami oleh pentejremah biasanya berpunca daripada andaian-andaian yang tidak disedarinya yang mempengaruhi tugas dan melemahkan hasil yangcuba diusahakannya dengan jujur.
Kebanyakan masalah itu berhubung antara penterjemah dengan subjek, bahasa penerima, ciri-ciri komunikasi, dan kaedah terjemahan yang sepatutnya digunakan.   Antara bahasa itu ialah:
  •  Kurang Pengetahuan tentang Terjemahan
Kebanyakan orang sangka bahawa terjemahan itu sekadar kerja menggantikan setiap perkataan dalam bahasa sumber dengan perkataan lain dalam bahasa penerima, atau menggantikan ayat demi ayat ke dalam bahasa penerima, kemudian diganti dengan perenggan, dan kalau boleh seluruh wacana.  Cara terjemahan ini sebenarnya tidak benar. Sebenarnya struktur seluruh karangan itu mestilah diperhatikan supaya semua unsur yang terkandung dalam teks dapat dipadukan menjadi satu kesatuan yang bermakna.

  •  Terlalu Mengetahui Bidang yang Tertentu
Masalah ini nampaknya janggal; kita selalu mendengar bahawa penterjemah mesti mempunyai pengetahuan yang baik dalam subjek yang akan diterjemahnya.  Yang menjadi masalah sebenarnya bukan penterjemah mempunyai ilmu yang banyak tentang bidang itu, tetapi ialah ketidaktajaman imaginasi penterjemah itu yang boleh menghasilkan terjemahan yang lemah.
Oleh sebab mereka sangat mengetahui sesuatu bidang itu secara mendalam, maka mereka selalu menganggap bahawa pembaca juga tahu apa yang diketahui oleh mereka. Akibatnya mereka akan menterjemah dengan cara yang tidak dapat difahami oleh pembaca umum.  Mereka mendapati sukar untuk “merendahkan” diri mereka setaraf dengan orang-orang yang tidak mengetahui apa-apa dalam bidang itu.
  •  Menerima “Translationese” tanpa soal jawab
Sudah menjadi tradisi translationese telah timbul hasil daripada penterjemahan buku-buku teks dan bahan-bahan lain yan gdibuat sekali gus daripada satu bahasa kepada bahasa lain. Bentuk-bentuk bahasa seperti itu selalu diterima tanpa soal jawab, terutama oleh golongan terpelajar, dan mereka biasanya menganggap bahawa itulah sahaja bentuk bahasa yang boleh digunakan untuk menterjemah bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa asing.
Golongan terpelajar tersebut biasanya belajar dalam bahasa asing dan tidak kenal lagi dengan tabiat dan keistimewaan –keistimewaan bahasa ibundanya sendiri.  Jadi dia dengan senang terjerat dengan translationese.  Sikap mereka kadang-kala terbawa-bawa sehingga tidak menggalakkan penggunaan bentuk-bentuk yang lebih asli dalam bahasanya sendiri.

  •  Tidak yakin pada bahasa sendiri
Ramai orang secara tidak sedar, tidak yakin pada kemampuan bahasa sendiri.  Ramai yang berpendapat bahawa bentuk bahasa asing lebih baik dan lebih tinggi mutunya, oleh itu, mereka pun meniru bentuk bahasa itu.  Jadi mereka pun meminjam terus perkataan, simpulan bahasa, bentuk stilistik, dan nahu.  Mereka yakin bahawa bentuk bahasa asing itu lebih berprestij, dan lebih betul.

Ada pula golongan yang terlalu yakin pada kemampuan bahasanya sendiri sehingga mereka percaya apa yang dapat dinyatakan dalam bahasa asing dapat dinyatakan juga dalam bahasanya.  Hasil terjemahan sikap ini adalah sama buruknya dengan hasil terjemahan sikap yang pertama.

  •  Keinginan untuk Mengekalkan Misteri Sesuatu Bahasa
Ramai orang berpendapat bahawa jikalau sesuatu terjemahan dibuat dengan jelas dan terang, maka akan hilanglah misteri yang ada.  Oleh itu, mereka akan berusaha untuk mengekalkan misteri seustu bahasa untuk menarik pembaca.  Sebenarnya hal ini adalah tidak benar, sebab antara tugas utama penterjemah yang baik ialah menjelaskan maksud sesuatu teks sumber dengan mudah dan boleh difahami.

Isnin, 1 April 2013

Pengalaman Hidup

setiap org ada pengalaman hidup masing-masing, ada yang suka dan ada yang duka.
sebelum ini saya tidak pernah memasuki apa pun acara yang lasak.
sekarang saya dapat merasakannya. menaiki bukit yang tinggi. menaik trak 3tan, menembak, dan macam-macam lagi.
memasuki hutan, tidor dalam hujan,